Wednesday, 20 March 2013

Island Hoping Langkawi

Salah satu  aktiviti menarik di Langkawi
ISLAND HOPING

Apa itu Island Hoping..? island hoping secara lebih kurang maksudnya ialah tour mengelilingi pulau dengan menaiki boat. Kalau island hoping di Langkawi paling kurang adalah lebih kurang 3 - 4 jam ( selalunya 4 jam).

Island Hoping boat


Ada 2 sessi  island hoping di Langkawi, satu di sebelah pagi bermula  jam 9pagi dan sessi petang bermula pada pukul 2 petang. Harga yang ditawarkan adalah serendah RM25 seorang.

Tour dengan boat ini akan bermula di Jetty awana porto malai. Kita akan dibawa oleh pemandu boat ke Pulau Dayang bunting lebih kurang dalam 15-30min dari jeti awana porto malai.

Tasik Dayang Bunting - air di tasik ini tawar walaupun disekelilingnya air laut masin. Ada  yang kata ,  minum air tasik ini salah satu ikhtiar untuk mendapatkan anak. 
Sampai sahaja di Tasik Dayang Bunting, pemandu boat akan memberi kita masa lebih kurang satu jam untuk beriadah di Tasik Dayang Bunting.



Bakar Kalori- anak tangga untuk ke tasik dayang bunting. Berhati2 dengan  "pakguard2" yang berkeliaran di sepanjang perjalanan.  
"pak Guard" hihi..

 Antara aktiviti yang boleh korang buat kat sini macam mandi manda, menaiki basikal air atau pun boleh juga merendam kaki untuk digigit oleh ikan2.

pemandangan di Tasik Dayang Bunting




basikal Air..
bapak ikan eh..bukan anak ikan yg cam kat spa tu..hihi..FOC
lepas je kt sini, kita kena patah balik ke tempat yg boat tinggalkan kita tadi. Jgn risau, pemandu boat tu tunggu je kita kt tempat dia drop kita tu..

dalam nak perjalanan nak ke kawasan eagle feeding, pemandu boat akan bawa kita kat satu penjuru di tasik dayang bunting tu dimana di situ kita boleh nampak bukit yang menyerupai badan perempuan yang mengandung dalam keadaan berbaring.


Nampak tak..??


 kat eagle feeding tu, kita ada "can" tengok segerombolan burung helang datang entah dari mana untuk menangkap cebisan2 ayam yang diumpan oleh pemandu boat.





Lepas tengok burung helang, dalam lebih kurang 15-20minit kita akan sampai di Pulau Beras basah. Yang menarik di pulau beras basah ni, pasir nya yg putih bersih dan air pantai nya yang sangat jernih..kat sini, kita boleh main parasailing, banana boat atau pun berendam. Selalunya diorang bagi kita masa lebih kurang sejam gak kat sini. Berhati2 juga dengan "pak&mak guard"2 yang ada. Diorang selalu 'mintak' atau 'kidnap' barang2 terutama bekalan makanan yang kita bawa..Jadi hati2 ye.



Pemandangan beras basah & parasailing. Cantikkan?

Banana boat..

Best tak..? kalau korang datang langkawi, jangan miss ambik island hoping tour ni. Berbaloi baloi.
Kalau ada yang nak booking island hoping, boleh contact kami juga :) Harga ialah RM25 seorang. tak kisah berapa orang pun.. kalau ramai, boleh nego untuk special price..Kalau hotel di area pantai cenang, pick up & drop off adalah percuma. 

No comments:

Post a comment